Embryo diatas bukan bermaksud dari segi saintifik....ia adalah sebuah program yang dianjurkan oleh DKM As-syifa' Fk UNPAD(persatuan agama islam fak.perubatan UNPAD)
Pada entri kali ini, saya ingin menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar. Selama ini saya menggunakan bahas inggeris(BI) di dalam semua enteri demi memantapkan lagi penggunaan bahasa kedua saya itu(BI).Bukan niat diriku untuk meletakkan bahasa Melayu di bawah Bahasa Inggeris..(",)
Adik-adik di dalam gambar ini berani membenarkan kami mencucuk jari mereka demi mendapatkan sampel darah mereka untuk memeriksa kumpulan darah mereka.Semestinya mereka diupah dengan permen(gula-gula)..hehe
Alhamdulillah, cita-citaku untuk menyertai program seumpama ini tercapai.Kesempatan menyertainya pada tahun yang lalu terlepas kerana masa tidak mengizinkan (sibuk dengan kelas & ujiian).Tahun ini saya berkesempatan menyertainya bersama adik-adik angkatan 2008 & 2007. Kebanyakkan panitia merupakan teman-teman seperjuangan angkatan 2006 dan juga adik 2007 yang dikenali ketika bersama mengendalikan Ospek Fakulti (orientasi)dan Antibiotik.
EMBRYO membawa erti
Englithen Your Mind, Body, Spirit & Soul.Suatu pencantuman ayat yang menarik yang merupakan seni bahasa yang indah di bumi Indonesia..teringatku kepada sebuah pantun yang ada di buku teks bahasa melayu sekolah dahulu:
yang kurik itu kundi, yang merah itu saga,
yang baik itu budi, yang indah itu bahasa.
14/02/2009(SABTU)
Demi menyertai program ini setelah azan dan solat subuh, saya dan teman2(Hayat dan Alia) berangkat ke UNPAD utk menaiki bas ke Rumah Sakit Hassan Sadikin(45minit perjalanan).Dari sana kami disertai Tim Medis As-Syifaa yg tersiri daripada para dokter muda dan mahasiswa KOAS (pelajar praktikal).Saya dan teman berangkat lewat sehari kerana pada malam sebelumnya kami menghadiri Majlis Makan Malam antara Pelajar Twinning Programme bersama dosen(pensyarah)UNPAD dan UKM(datang dari Malaysia)
Tempat tujuan kami adalah sebuah sekolah pesantren di Subang.Tidak pernah terlintas di fikiran pada suatu hari saya akan menginap di pesantren. Perjalanan sejauh 40 KM dari bandar bandung mengambil masa hampir 2jam untuk tiba.Suasan perjalanan begitu indah yang di hiasi bukit bukau dan ladang teh di kiri kanan perjalanan..
Subahannallh...
Setibanya kami disana kami menyertai kelompok masing-masing. Aktiviti pertama adalah penyebab utama saya menyertai EMBRYO iaitu
Balai Pengobatan(BP),Bakti Sosial(BAKSOS) dan Khitan1) BP: Aktiviti ini membenarkan saya mempraktikkan ilmu history taking/amnenesis( mendapatkan maklumat masalah pesakit) serta general physical examination iaitu blood pressure, respiratory rate dan pulse rate.
Malangnya pesakit saya hanya dapat berbahasa Sunda,maka saya terpaksa meminta bantuan teman seangkatan,Deti sebagai jurubahasa.Setelah melakukan General physical examination saya membawa pesakit tersebut ke dokter bertugas untuk diberi perskripsi ubat.
Kemudian saya dikehendaki mengambil ubat di meja farmasi.Di situ saya perlu tahu membaca perskripsi ubat(dlm bahasa latin)serta mengambil,mengisi dan melabel ubat di dalam kantung untuk diberikan kepada pesakit.Pengalaman yang menyeronokkan (",)
2)BAKSOS...menjadi penjual barangan terpakai.Seperti jumble sale di Malaysia
3)Menyaksikan Khitan(circumcision) secara langsung yang di lakukan dokter dan KOAS..
Ada yang ko-operatif, tetapi majoritinya kurang memberikan kerjasama.Ada juga yang meronta-ronta.Ada juga yang 'give up' terus 'surrender' tidak mahu menjalani khitan. Saya agak terkejut kerana rata-rata yang menjalani khitan disitu dibawah umur 7tahun.Ini kerana di malaysia majoritinya di atas 7 tahun sampai 12tahun.Justeru itu,mereka kurang memberikan kerjasama kerana munkin mereka masih naif & kurang tahan pada kesakitan khitan.
Kesimpulan aktiviti pada hari tersebut:
SimulasiMengasah diri untuk menegur orang lain yang melakukan sesuatu yang dimurkai Allah swt.Memerlukan skil memujuk,menggunakan bahasa yang sepatutnya dan bijak mengajak orang kembali ke pangkal jalan. Amal Ma'ruf Nahi mungkar.
Wawancara bersama hafizah PesantrenMenyelami kehidupan hafizah di pesantren dan mendengar pengalaman hidup mereka.Mereka turut berkongsi cara mencapai kejayaan menghafaz al-Quran dan tips2 cara menghafal. Cara yang terbaik adalah anda memahami apa yang dihafalkan dan mempunyai target untuk lama tempoh untuk berjaya menghafalnya.
makan malam pada hari itu.....1st time makan ramai2 dlm dulang...sedap.alhamdulillah
15/02/09(AHAD)
Pada 2.30 pagi kami menjalani aktiviti Zikrulmaut yang mengingatkan saya mengenai kematian yang boleh hadir pada bila-bila masa sahaja.
Saya terkesan dengan penerangan konsep surah al-ikhlas oleh moderator.Walaupun pendek ayatnya tapi cukup bermakna meningatkan manusia akan pentingnya MASA.
ayat pertama bermaksud Demi masa...mengapa Allah swt meletakkan demi masa?? Kita kalau berjanji untuk sesuatu yang penting akan berkata demi Allah...demi negara..demi...
maka,ini menunjukkan pentingnya masa
Apa yang telah saya lakukan selama 20 tahun hidup di dunia ini? Jangka hayat manusia sekarang kurang lebih 70-80 tahun.Jadi saya ada sisa 40-50 tahun lagi.Itupun tidak tentu kerana boleh jadi umur saya tidak panjang??
Insafnya saya mengenai penggunaan masa saya selama ini.kadang-kadang alpa dengan dunia.Semoga saya sentiasa mendapat hidayah-Nya..Amin!!
Aktiviti pagi itu diperindahkan lagi dengan Qiamullail, bacaan al-matsurat, tadarus & tazkirah.
Usrah pagi bersama KOASDi dalam kelompok kecil,kami diberikan mentoring(usrah) oleh seorang kakak KOAS,Te Fifi. Dia mencadangkan kami semua tetap aktif di dalam persatuan dan organisasi.Ini kerana,
1.apabila kita aktif, kita akan belajar menjadi sibuk dan ini menyebabkan kita pandai
menyesuaikan diri di dalam situasi sibuk kelak.Memang lumrah kehidupan seorang dokter sememangnya sibuk, ditambah dengan kehidupan berkeluarga kelak dengan suami dan anak-anak.
2. Mengajar
skil komunikasi yang baik dengan semua jenis orang serta bersabar menghadapi mereka yang agak sulit difahami.Manusia sememangnya mempunyai ragam yang pelbagai dan tidak semua orang serasi antara satu sama lain.
Oleh itu, Te Fifi menganjurkan kami keluar dari SAFE ZONE dan MENGAKTIFKAN DIRI!
Aktiviti terakhir EMBRYO adalah 'the cream of the cake' iaitu OUTBOUND!!
Kami ke Copolaga(30 minit dari pesantren) dengan lori..ya,ulang suara..dengan lori.
Teringat akan seorang adik angkatan08 mengembek comel(anda tahu siapa anda)dan mengatakan kita ibarat seekor kambing kena masuk dlm lori ni ramai-ramai.Lembu atau kambing pun naik lori tersebut tidak sepadat kami.Ditambah dengan hujan yang menimpa kami yang alhamdulillah lebatnya sebentar sahaja.Selebihnya hanya gerimis lembut mendinginkan suasana.Sesungguhnya ini pengalaman yang menarik! Pernah lihat situasi tersebut di jatinangor,tidak pernah terlintas difikiran saya akan merasainya juga..
Yell(cheer) kelompok kami: Firqun wahid, kompak mantap,keren habis,Allahuakbar!:
Sekilas OUTBOUND yang banyak mengajar erti perpaduan,saling bantu membantu dan bersatu padu:
Kami di Copolagar sehingga Asar.Program diakhiri dengan pelantikan peserta sebagai Learner Biro kaderisasi As-syifaa.Peserta dipakaikan slayer(Ki) berwarna hijau dan badge EMBRYOII oleh panitia menandakan selesainya kami menyertai program ini.Kemudian kami kembali ke pesantren dengan lori untuk membersihkan diri serta solat maghrib.
Kami kembali ke jatinagor dengan truk askar yang sememangnya tidak selesa tetapi bagi diriku ianya pengalaman yang adventur dan berharga.Sempat saya mengabdikannya dalam gambar bersama Hayat.Alhamdulillah,Kami tiba di UNPAD pada pukul 10malam.